Nama Opcom Sdn Bhd, sebuah syarikat pembekal kabel gentian optik, kembali menjadi perhatian apabila laporan baharu difailkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung projek bernilai kira-kira RM214 juta yang didakwa dianugerahkan secara rundingan terus.
Perkembangan ini muncul secara tiba-tiba ketika pasaran dan arena politik masih bergolak dengan kontroversi saham melibatkan Tan Sri Azam Baki Ketua Pesuruhjaya SPRM serta dakwaan serangan terhadap Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkaitan projek pelaburan bernilai RM1.1 bilion.
Situasi tersebut menimbulkan persoalan — mengapa kes lama yang dikatakan berlaku lebih dua dekad lalu kembali timbul pada saat sensitiviti terhadap isu tadbir urus dan ketelusan semakin meningkat?
Laporan Baharu Kepada SPRM
Dua wakil sebuah pertubuhan dilaporkan hadir ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya bagi membuat aduan mengenai projek pembekalan dan pemasangan kabel fiber optik di bawah program vendor Telekom Malaysia Berhad (TM).
Pemberi maklumat, Muhammad Fazreen Farhan Rozlan, menegaskan bahawa tujuan laporan itu adalah untuk memastikan satu siasatan yang tegas dan telus dijalankan.
Beliau turut membangkitkan kemungkinan wujud unsur salah guna kuasa, rasuah dan konspirasi yang didakwa membolehkan projek tersebut diberikan secara rundingan terus kepada Opcom milik Datuk Seri Mukhriz.
Untuk rekod, isu sama pernah dilaporkan sebelum ini dan SPRM pada tahun 2017 dan 2023 menyatakan akan meneliti perkara tersebut sekiranya terdapat asas kesalahan rasuah. Setakat hingga kini Mukhriz dan Opcom kekal terselamat. Boleh baca artikel lama berkaitan;

Surat Lama Kementerian Kewangan Jadi Tumpuan
Kontroversi bertambah hangat selepas tersebar dokumen bertarikh 15 September 2003, yang menunjukkan Telekom memohon kebenaran mengadakan rundingan terus bagi pembekalan kabel fiber optik bernilai kira-kira RM214.2 juta.

Kelulusan projek itu diberikan dengan beberapa syarat termasuk rundingan harga bagi memastikan tawaran lebih kompetitif.
Ketika tempoh berkenaan:
- Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ialah Tun Dr Mahathir Mohamad
- Anak beliau, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, dilaporkan merupakan pengarah dan pemegang saham Opcom bersama isterinya Datin Seri Utama Norzieta Zakaria.
Fakta ini terus menjadi bahan perdebatan dalam naratif politik dan korporat yang panjang sehingga Opcom Holdings Bhd dijual kepada seorang taikun cina.
Hextar Capital Bhd – Nafi Kaitan Dengan Opcom Sdn Bhd
Dalam perkembangan pantas, Hextar Capital Berhad tampil mengeluarkan kenyataan rasmi bagi menjelaskan kekeliruan.
Antara penegasan utama syarikat tersenarai itu:
- Hextar mengambil alih Opcom Holdings Berhad pada 2021 dan menukar namanya kepada Hextar Capital pada 2023.
- Namun Opcom Sdn Bhd bukan milik Hextar dan bukan anak syarikatnya yang terlibat dalam jual beli Hextar sebelum ini.
- Maka Syarikat itu adalah entiti persendirian tanpa hubungan dengan Hextar Group
- Manakala Projek yang dipersoal pula bertarikh sejak 2003.
Kenyataan tersebut dilihat sebagai langkah mengawal risiko reputasi memandangkan Hextar kini merupakan syarikat awam yang tertakluk kepada piawaian tadbir urus yang baru.

Hektar Group tetapi tidak Opcom Sdn Bhd
Hextar Capital Berhad dikuasai oleh Datuk Eddie Ong Choo Meng satu dari rangkaian Hextar Group berpengaruh.

Opcom Holdings Bhd atau Hextar Capital Berhad merupakan antara entiti penting dalam rangkaian korporat Hextar Group milik Datuk Eddie Ong Choo Meng. Melalui pegangan saham strategik dan pengaruh dalam beberapa syarikat tersenarai, beliau dilihat memainkan peranan besar dalam memperluas operasi kumpulan merangkumi sektor bahan kimia, teknologi, telekomunikasi serta pelaburan. Struktur pegangan ini meletakkan Hextar sebagai salah satu kumpulan korporat yang semakin menonjol dalam landskap perniagaan tempatan.
Pada April tahun lalu, ketika pihak berkuasa meneliti skandal Skim MBI yang dikaitkan dengan Tedy Teow, nama Datuk Eddie Ong Choo Meng turut dilaporkan antara individu berprofil tinggi yang disiasat bersama beberapa ahli perniagaan bergelar Datuk dan Tan Sri. Beliau didakwa mempunyai kaitan dengan penggunaan dana daripada skim tersebut bagi tujuan pelaburan saham. Kes MBI masih disiasat oleh pihak berkuasa. Boleh BACA;
Siapa kini Pemilik Opcom Sdn Bhd?
Semakan dokumen korporat menunjukkan syarikat itu dimiliki sepenuhnya oleh Datin Seri Utama Norzieta Zakaria, isteri kepada Datuk Seri Utama Mukhriz Mahathir bekas MB Kedah yang juga kini pemimpin Parti Pejuang.

- Norzieta memegang 4,999,999 saham
- Mirzan Mahathir hanya memiliki 1 saham
Beliau juga merupakan pengarah syarikat sejak 1999. Abang iparnya Datuk Mirzan Mahathir hanya menjadi pemegang saham Opcom Sdn Bhd. Struktur pegangan ini menandakan kawalan korporat yang sangat tertumpu kepada seorang individu.

Mukhriz Tun Mahathir sebelum itu telah menipu pengisytiharan harta bersama-sama isterinya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebanyak RM25,170,426. Namun Mukhriz dan isterinya memegang sebanyak 37.39% saham Opcom Holdings Berhad yang sepatutnya nilai harta adalah RM37,984,501 ketika itu.
Bayang-Bayang Kontroversi Lama
Isu projek kabel dan Opcom sudah berlarutan lebih 20 tahun. Pendedahan demi pendedahan tapi tiada siapa berani menyentuh Mukhriz dan keluarga Tun Dr Mahathir ini. Apakah benar projek ini akan disiasat dan pemiliknya yang telah menjual syarikat boleh didakwa semula? Mukhriz sedar tekanan terhadap Opcom jika tidak mana mungkin keluarganya menjual kepada taikun Hextar Group Datuk Eddie Ong Choo Meng.
Datuk Eddie Ong Choo Meng masih berdepan siasatan skandal skim MBI yang meletup baru-baru ini. Beliau sudah tentu tidak mahu isu Opcom Sdn Bhd menghantui syarikatnya.
Awal september tahun lalu dicelah kemelut serbuan ladang Raub Datuk Eddie Ong Choo Meng membuat keputusan cepat melalui Hextar Global Bhd (HGB) melupuskan tiga bidang tanah pertanian pegangan bebas di Raub, Pahang bernilai keseluruhan RM13.75 juta.
Beliau juga pada penghujung september 2025 menggunakan Hextar Capital Bhd (Dulu Opcom Holdings Bhd) menguasai pegangan saham dalam Binasat Communications Bhd dengan membeli tambahan 3.19 peratus kepentingan, sekali gus meningkatkan jumlah ekuitinya kepada 25.73 peratus. Opcom VC Sdn Bhd turut membeli 6.62 peratus kepentingan dalam Binasat daripada Cosmopolitan Avenue pada harga sama. Cosmopolitan Avenue dimiliki oleh Datuk Ng Yee Teck dan Datuk Cheah Joi Yong.
Datuk Eddie Ong Choo Meng kelihatan tangkas menangani isu namun beliau belum teruji menghadapi gelombang besar skandal MBI yang bakal meletup nanti.
