Pendedahan terbaharu Bloomberg bahawa Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, pernah memiliki 17.7 juta saham dalam Velocity Capital Partner Bhd — bernilai hampir RM800,000 berdasarkan harga pasaran ketika itu — telah menghidupkan semula memori kontroversi pegangan saham yang pernah mencetuskan kekecohan awam beberapa tahun lalu.
Apakah ini satu serangan terhadap Azam Baki yang semua tahu kontraknya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM bakal disambung setahun lagi?
Artikel Bloomberg ‘Who’s Watching Malaysia’s Anti-Corruption Watchdog?’ membuka lebih banyak kejutan yang membentuk persepsi awam terhadap integriti institusi anti-rasuah — ketika pasaran saham Malaysia sedang dibayangi dakwaan kewujudan rangkaian “mafia korporat” yang disebut berulang kali dalam laporan media dan tindakan mahkamah sebelum ini.
Hari ini satu dunia percaya sebagaimana disebutkan Bloomberg berkuasanya Mafia Korporat Victor Chin!
“Saya sudah jual dan isytihar saham” — Penafian Azam Baki
Selepas laporan itu tersebar, Azam tampil mempertahankan dirinya melalui beberapa laporan media arus perdana dan kenyataan rasmi. Antara intipati utama: saham tersebut dibeli dan kemudian dijual dalam tempoh tahun yang sama; urus niaga didakwa telah diisytiharkan mengikut prosedur; dan gambaran bahawa beliau tidak mengisytiharkan aset disifatkan sebagai tidak tepat serta mengelirukan.
Azam Baki dilaporkan mengeluarkan surat tuntutan (LOD) terhadap Bloomberg susulan penerbitan artikel yang didakwa berunsur fitnah berhubung pemilikan saham dalam sebuah syarikat perkhidmatan kewangan.Menerusi peguamcaranya, Zain Megat & Murad, Azam menuntut ganti rugi sebanyak RM100 juta atas dakwaan yang menjejaskan reputasi dan kedudukan profesional beliau, selain menegaskan artikel berkenaan sebagai “fitnah, tidak bertanggungjawab dan mengelirukan”.
The Edge turut melaporkan Azam mengakui pernah memiliki saham Velocity Capital tetapi menjelaskan ia telah dilupuskan beberapa bulan kemudian. Sementara itu, laporan New Straits Times menyebut Azam mendakwa beliau “memegang sifar saham” sejak Julai tahun lalu.
Namun, realitinya pendedahan Bloomberg itu berpaksikan satu rekod korporat: “annual return” yang difailkan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan menunjukkan nama Azam tersenarai sebagai pemegang saham pada tarikh tertentu. Di sinilah permainan Bloomberg jika semua sudah dijual dan diisytihar, mengapa rekod korporat memunculkan semula gambaran “Azam kembali aktif” di pasaran?



Kontroversi saham Azam Baki pertama ialah pada tahun 2021, Azam Baki berkata telah menjual saham Velocity Capital Partner Bhd pada julai 2025 mengapa tidak dilupuskan pada tahun 2021 ketika kontroversi pertama sudah berlaku? Mengapa dijual tahun lalu? ini antara persoalan netizen.
Kontroversi lama: “Akaun adik guna nama Azam” dan luka kepercayaan yang belum sembuh
Isu pegangan saham Azam bukan baharu. Sebelum ini, beliau pernah berada dalam pusat kontroversi apabila timbul dakwaan pegangan saham yang bertentangan dengan garis panduan pemilikan saham oleh penjawat awam, sehingga mencetuskan bantahan dan tekanan politik agar beliau berundur. Bloomberg sendiri mengaitkan episod terkini ini sebagai “kembali ke pasaran saham selepas bantahan awam” beberapa tahun lalu.

Kali ini, walaupun penjelasan “sudah jual” dan “sudah isytihar” dikemukakan, tempiasnya tetap besar kerana kedudukan Azam sebagai ketua institusi penguatkuasaan anti-rasuah — institusi yang, secara prinsip, perlu mengelak walau sekadar persepsi konflik kepentingan.
Beberapa pihak telah menggesa Tan Sri Azam Baki untuk meletakkan jawatan sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan dakwaan pemilikan saham. Antaranya ialah Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli menuntut penggantungan tugas serta-merta bagi membolehkan siasatan dijalankan. Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari, dan Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4 Center) mendesak Azam perlu meletak jawatan sekiranya kerajaan gagal bertindak. Desakan ini mencerminkan kebimbangan terhadap integriti dan ketelusan institusi penguatkuasaan utama negara.
Bagaimanapun Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak keras desakan yang menuntut Tan Sri Azam Baki dipecat daripada jawatan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan kontroversi itu. Tegas Anwar yang juga Menteri Kewangan itu, desakan pecat Azam tiada asasnya memandangkan KP SPRM itu menjalankan kerja atas kapasitinya membanteras rasuah dengan baik.
“Orang buat kerja nak pecat buat apa? Nak ambik yang perasuah jaga?
Mengapa Velocity Capital Partner Bhd dan MMAG Holdings jadi sensitif?
Velocity Capital Partner Bhd bukan sekadar nama di papan Bursa. Syarikat ini asalnya CSH Alliance Bhd dikuasai oleh Victor Chin sebelum diserahkan kepada Dato’ Fam Chee Way atau Dato Ben dari kumpulan Alibaba. Sebagaimana pendedahan Bloomberg merujuk kepada The Corporate Secret, Velocity Capital memang sangat berkait dengan Victor Chin Boon Long. Dalam ertikata mudah MMAG Holdings menjadi kenderaan perdagangan utama Victor Chin manakala Velocity Capital Partner Bhd menjadi peminjam wang atau ahlong syarikat.
Pendedahan sejak 2023 The Corporate Secret menunjukkan mafia korporat Victor Chin dan kumpulannya sangat kebal dan tidak pernah didakwa selepas rampasan Victor Chin dan kumpulannya terhadap Cealy Bhd (Classita Holdings). Selepas 10 November 2022 Victor Chin Boon Long dan isterinya Madam Chan Swee Ying (Harvest Miracle Capital Berhad) berjaya menguasai 80,788,500 saham sekaligus menjadi pemegang saham terbesar Caely. CSH Alliance ( Velocity) dan Hong Seng penyalur wang untuk pemilikan saham Victor Chin.

Fail Sulit Victor Chin dan forensik kes itu juga telah didedahkan untuk penguatkuasa bertindak. Polis akhirnya mengesahkan siasatan terhadap kes itu. Namun siapa berani kerana Lembaga pengarah Syarikat itu semuanya bekas penguatkuasa berpengaruh.
Victor Chin Boon Long kebal dari LHDN dan Suruhanjaya Sekuriti
Mengapa agaknya sebelum ini LHDN dan Suruhanjaya Sekuriti berdiam diri terhadap kes Victor Chin Boon Long? LHDN pernah menghantar notis cukai kepada Datuk Victor Chin Boon Long namun dia tetap kebal. Begitu juga Suruhanjaya Sekuriti manipulasi saham, penipuan dan salahlaku Victor Chin di depan mata

The Corporate Secret telah banyak mendedahkan Mafia Korporate Victor Chin merampas beberapa syarikat senarai awam seperti Green Packet Bhd, M-jet Internatiol menggunakan MMAG Holding , CSH ( kini Velocity), Classita Holdings Bhd (Caely), Hong Seng Consolidated Bhd, Revenue Group Bhd dan terbaru NexG Bhd (Datasonic Group) syarikat pembuat dokumen rahsia kerajaan.
GIIB Holdings Bhd bawah Dato’ Lim Kok Han (Teleng) hampir berjaya dirampas namun insiden pukul dan pistol menyekat rampasan itu. Begitu juga kisah Revenue Group Bhd yang menyebabkan pengasasnya disingkirkan. Satu fakta yang tidak boleh disangkal semua penguasaan syarikat ini melibatkan serbuan SPRM!.

Kontroversi dan aduan pegawai
Aduan pernah dibuat terhadap dua pegawai SPRM pada tahun 2023 namun tiada tindakan boleh dibuat. SPRM seperti biasa hanya menafikan sebagaimana hari ini. Malah semua pegawai-pegawai ini dinaikkan pangkat menjadi pegawai kanan lebih berkuasa dari sebelumnya.

KUASAI NEXG BHD!
Hari ini MMAG Holdings Bhd dan Velocity Capital Partner Bhd menjadi sangat penting buat mafia korporat Victor Chin Boon Long. Menguasai NexG Berhad adalah titik penting buat Victor Chin kerana NexG Bhd (Datasonic) mempunyai wang tunai yang banyak selain projek tetap di Kementerian Dalam Negeri dan beberapa kementerian lain. Rakyat sepatutnya sedar betapa bahayanya mafia korporat Victor Chin menguasai NexG Bhd pembuat passport dan kad pengenalan rakyat Malaysia!

VICTOR CHIN PERALAT FARHASH SALVADOR?
Victor Chin menjadikan Datuk Seri Farhash Salvador selaku Pengerusi dan pemegang saham terbesar MMAG Holdings Berhad dengan pegangan 20 peratus. Velocity Capital menjadi pemegang saham utama MMAG, begitu juga MMAG memiliki saham dalam Velocity Capital, kedua-dua syarikat ini juga mempunyai saham dalam NexG Bhd dan NexG Bhd juga menjadi pemegang saham utama dalam MMAG. Pemilikan mereka saling bersilang antara satu sama lain.
Sebelum itu Victor Chin Boon Long pada tahun 2022 melantik Tan Sri Mohd Khairul Adib bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan sebagai Pengerusi MMAG Holdings demi syarikat M-Jet International yang dirampasnya memperolehi projek kargo, lesen strategik serta akses industri termasuk di Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

Pada 2023 Victor Chin mengkayakan Tan Sri Mohd Khairul Adib apabila didedahkan ketika HongSeng membeli Classita Holding Bhd, Tan Sri Mohd Khairul Adib memiliki saham HS Green Valley Sdn Bhd, anak syarikat Hong Seng 43.3 juta saham Classita Holdings bernilai sekitar RM6.4 juta. Dari mana duit berjuta bekas KSU ini? SPRM tidak pernah menyiasat bekas kekayaan bekas KSU ini.

Selepas Farhash dilantik sebagai Pengerusi MMAG Tan Sri Adib diarahkan Victor Chin Boon Long meninggalkan MMAG dan dilantik Pengarah Eksekutif NexG Berhad pada November 2024 sebelum muncul sebagai pemegang saham utama baharu NexG melalui pegangan 6.1% dalam Kuantum Juang Sdn Bhd. Sahamnya terus bertambah selepas itu.

Beliau turut memiliki 291,357,750 waran kumpulan — bersamaan 20.9% daripada jumlah waran terbitan NexG dengannilai RM36,419,718.75. Bagi pegangan 6.1% dalam Kuantum Juang pula dianggarkan sekitar RM79 juta. Bayangkan bagaimana Victor Chin menjadikan Tan Sri Mohd Khairul Adib sebagai proksi utamanya.
SELEPAS BERKUASA DI NEXG : OPERASI “CUCI DUIT” – SKANDAL JUAL SYARIKAT INNOV8TIF RM40 JUTA
Tidak lama selepas menguasai NexG, Victor Chin mengulangi modus operandi sama seperti di Green Packet, MMAG, Classita (Caely), Revenue Group dan Hong Seng – menggunakan syarikat tersenarai dikuasainya untuk membeli aset miliknya sendiri pada harga tinggi. Victor Chin memanipulasi syarikat yang dibelinya Innov8tif Holdings Sdn Bhd kemudian menjual semula kepada syarikat senarai awam yang dikuasainya. Syarikat Innov8tif Holdings Sdn Bhd telah dijual lebih empat kali kepada syarikat senarai awam dengan nilai “markup” melampau.
The Edge pernah melaporkan pada november 2024 isu Innov8tif Holdings Sdn Bhd namun apa tindakan Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan Bursa Malaysia? Manipulasi dan salahguna kuasa oleh Victor Chin tapi dia kekal selamat.

NexG Jadi “Cash Cow” Empayar Gelap Victor Chin Boon Long
Apa yang jelas NexG Berhad dijadikan “cash cow” utama bagi mengalirkan dana kepada pelbagai syarikat dan entiti proksi milik Victor Chin Boon Long. Melalui kawalan tersembunyi dalam struktur pemilikan saham dan jawatan pengarah, Victor didakwa menggunakan keuntungan dan kontrak kerajaan yang diperoleh NexG untuk menyokong operasi dan pembiayaan peribadi termasuk pembelian aset mewah di dalam dan luar negara.

Setakat ini sejak beliau berjaya memperdaya pengasas NexG Bhd Datuk Hanifah Noordin hampir RM250 juta berjaya dirembat daripada NexG Bhd.
NexG juga dijadikan sebagai Ah Long Korporat sebagaimana Classita Holdings, Revenue Group hingga Hong Seng Consolidated. NexG menubuhkan MMR Capital Sdn Bhd diperbadankan pada 13 Januari 2023 dengan aktiviti utama ‘Financial Leasing, Financial Consultancy Services, dan Licensed Money Lending Activities.’ Penyata kewangan NexG Berhad bagi suku kedua 2025 menunjukkan bahawa sebanyak RM96.57 juta pinjaman korporat dan RM2.46 juta pinjaman individu disalurkan melalui MMR Capital. Ini bermakna hampir RM100 juta dana korporat telah dikeluarkan atas nama pinjaman tanpa klasifikasi sebagai related party transaction.
NEXG BHD Goyang – Victor Chin Boon Long diburu polis
Disinilah bermulanya keruntuhan hubungan Victor Chin Boon Long dengan Datuk Seri Farhash Salvador Pengerusi MMAG. Menurut sumber Victor Chin menipu Farhash. Pulangan keuntungan jual beli saham tidak ditunaikan. Pinjaman terus bertambah malah kejatuhan harga saham terus mencecah ratusan juta. Victor Chin, orang kanan dan isteri-isterinya disiasat PDRM kerana pengubahan wang haram.
NexG Bhd bergolak apabila Mafia Korporat Victor Chin Boon Long disiasat pihak berkuasa! beberapa tokoh utama NexG Berhad yang ada kaitan Victor Chin bertindak meletak jawatan secara mengejut antara ialah Dato’ Sri Mohd Sopiyan Mohd Rashdi (Proksi Fakhri Yassin), Tan Sri Dato’ Seri Mohd Khairul Adib Abdul Rahman ( Timbalan Pengerusi), Datuk Puvanesan A/L Subenthiran, dan Datuk Zainal Abidin Abu Hassan.
VICTOR CHIN LARI KE LUAR NEGARA – ORANG KANAN DIREMAN
Victor Chin lari lebih awal ke keluar negara pada 4 Oktober 2025 mengikut maklumat pintu keluar KLIA meninggalkan isteri dan orang-orang kanannya.

Orang kanan Victor Chin Francis Leong See Wui dan isteri keduanya Lim Siew Ping direman PDRM 4 hingga 11 hari. Namun menjadi persoalan besar Francis Leong See Wui sebagai pemegang saham dan Pengarah Eksekutif HongSeng Consolidate Berhad, tidak mengumumkan kepada Bursa Malaysia berhubung penahanannya sehingga kini. Di bawah Keperluan Penyenaraian Bursa Malaysia, sebarang peristiwa material yang melibatkan pengarah kanan — termasuk penahanan oleh pihak berkuasa — wajib didedahkan segera kepada pasaran bagi memastikan ketelusan dan perlindungan pelabur.
Victor Chin Boon Long kembali ke Malaysia
Victor Chin Boon Long, dilaporkan telah ditahan pihak berkuasa bagi membantu siasatan berkaitan aktiviti pengubahan wang haram pada 29 Disember 2025 di KLIA disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA).
Apakah agaknya maklumat daripada siasatan kes itu? Apakah Victor Chin berpaling tadah? ke mana Victor Chin kini?

Pelupusan Saham MMAG Cetus Persoalan
Penahanan Victor Chin Boon Long dipenghujung tahun memanaskan suasana pada bulan januari 2026. Pelupusan saham besar-besaran dalam MMAG Holdings Berhad turut menarik perhatian dan menggemparkan dunia korporat.
TIBA-TIBA pada 9 Januari, Datuk Seri Farhash Salvador Pengerusi MMAG dilaporkan telah melupuskan 20% juta saham MMAG melalui transaksi luar pasaran.
Berdasarkan pelaporan pasaran ketika itu, saham MMAG diperoleh pada harga sekitar 40 sen sesaham, menjadikan jumlah pelaburan awal Farhash dianggarkan sekitar RM184.8 juta. Dengan pelupusan pada harga 18.9 sen sesaham, hasil jualan dianggarkan sekitar RM87.3 juta, mencerminkan kerugian kasar hampir RM97.5 juta, tidak termasuk kos transaksi atau pelarasan lain.

Manakala Dato’ Fam Chee Way (Dato Ben) juga telah melupuskan 117.4 juta saham MMAG pada 13 Januari, menjadikan pegangan beliau jatuh ke sifar. Pelupusan itu mengakibatkan status beliau sebagai pemegang saham substansial terhenti sepenuhnya.

Exit serentak ini dibaca sebagai langkah pengurusan risiko, atau lebih tepat, usaha menjauhkan diri daripada rangkaian korporat yang kontroversi.
Apakah kedua-dua transaksi ini mempunyai kaitan dengan siasatan melibatkan Victor Chin? Siasatan terhadap Victor Chin antara lain terkait;
- Aliran wang rentas sempadan yang mencurigakan
- Transaksi saham berskala besar yang menimbulkan persoalan
- Pemilikan benefisial sebenar yang masih kabur
- Kemungkinan pelanggaran undang-undang pasaran modal
Jika Dato’ Ben pemegang saham terbesar dalam Velocity Capital Partner Berhad dan pernah menjadi pemegang saham MMAG Holdings Bhd dan NexG Bhd sudah tentu pemilikan saham oleh Tan Sri Azam Baki dalam Velocity Capital Partner Berhad yang dimainkan oleh Bloomberg itu mencetuskan persepsi besar kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM tentang hubungannya dalam rangkaian Victor Chin Boon Long.
Azam Baki bersedia disiasat jawatankuasa bebas manakala PMX masih ragu-ragu dengan desakan pelbagai pihak menamatkan khidmat Azam Baki yang berakhir Mei ini. Persepsi musnah oleh Bloomberg media antarabangsa dan ‘divert’ dengan tangkapan baru untuk mengalihkan isu nampaknya sukar dilakukan. Saman Azam Baki kepada Bloomberg pasti akan merancakkan lagi pendedahan baru.
Penjelasan Rafizi Ramli mengenai saham Azam Baki dan dalang mafia korporat Victor Chin Boon Long dalam podcastnya Yang Berhenti Menteri boleh diikuti untuk memahami laporan Bloomberg walaupun video itu panjang.
Namun mengapa semua ini muncul sekarang? Atau adakah semua ini Victor Chin Boon Long yang mendedahkan maklumat saham kepada Bloomberg kerana merasa dirinya terancam?
